Subjektif

tak seindah kata tak secantik bahasa.tak seanggun rupa tak secantik budi bicara.serumpun budi dikenang sepanjang hayat.seikhlas hati berbangga sebesar jiwa menerima.cinta,terlalu subjektif dan premitif untuk diperkatakan dan diintrepetasikan melalui kata kata dan bicara kata.sebesar mana cinta di semai,seluas lautan juga tidak cukup untuk diluahkan tentang apa yang dirasa.hakikatnya,itulah aku seroang hamba Allah yang sedang melaluinya.aku akui,terlalu sukar untuk berbicara tentang ceritera ini.berdolak dalik,tunggang terbalik,inilah nukilannya.sekadar untuk dikongsi bersama.

kata bicara dimula dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Pada mula,sekadar pandangan pertama.bukanlah cinta atau suka yang ku sangkakan.dan aku akui,pandangan pertama adalah penyebab aku mulai suka kepadanya.tatkala hati ini berkata biarkan sahaja,hari semakin hari hati ini bermadah cinta dan suka tentangnya.entahlah,terdapat seribu satu keindahan yang sehingga sekarang aku tidak dapat menilainya.Subhanallah,indah ciptaan tuhan menciptakan keindahan dan juga kecacatan sesuatu ciptaanNya.

wondergirl ;)

Maha Suci Allah yang menciptakan masa yang bersilih ganti.tatkala siang bersilih malam,hari berganti hari,minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan,cinta yang aku semai diterima dengan hatinya yang terbuka.Alhamdullillah.bukanlah bermadah suka ataupun riak disebalik apa yang dimiliki sekarang,cuma bersyukur ke hadratnya yang merestui apa yang dialami.sedang ketika aku termenung keseorangan,hati kecil ini berbisik,"kenapa dia boleh terima aku even apa yang aku rasa,aku sama sahaja dengan semua lelaki lain yang mempunyai kenakalan dan kelemahan yang tersendiri,".

seperti hati kecilku berkata,andai tidak memilikinya,bermimpi tentangnya sahaja sudah indah buatku.andai tidak memilikinya,cukuplah sekadar dia tahu aku sedang menyintainya walaupun sedang ketika dia bersama orang lain.entah dan bagaimana,mustahil racun yang diberi apatah lagi hanya menatap sahaja menyebabkan aku terpaut kepadanya.dan jujur dan ikhlas aku nyatakan,dia terlalu sempurna dan menawan hati umpama bidadari syurga Allah yang hidup didunia ini.masyaallah.terlalu indah ciptaannya.

subuh hening burung berkicauan,sedang ini aku menaip ceritera ini untuk dikongsi bersama,terbayang wajahnya yang sedang nyenyak tidur takala keletihan mencari dan menimba ilmu Allah SWT.masakan nabi juga mempelajarinya,apatah kita yang hanya insan kerdil yang sama seperti semua,mencari ilmu.subhanallah,terngiang ngiang suaranya berkata,"saya sayang awak awangku",sayang,bagiku terlalu subjektif dan sukar untuk dimadah tentang apa yang aku rasa juga sepertimu.jika ada perkataan lain yang boleh digunakan untuk digambarkan,akan ku bicara dengan kata kata yang indah.

kekasih hati yang cantik menawan,baik budi bicara dan tulus hatinya,maaflah jika nukilan ceritera ini terlalu kias dan romantis untuk dibaca.maaflah jika aku terlalu menyangjungmu,maaflah jika aku terlalu tidak sempurna untuk kau miliki dan cintai,demikian apa yang aku rasa,aku bicara disini sekadar meluahkan apa yang dirasa.kerana aku hanya insan kerdil yang hanya tahu apa itu erti cinta.terlalu indah untuk diperkata.

penutup kata dan bicara,sekadar ceritera dikongsi bersama.tahun baru yang kian berlalu januarinya.masuk ke pertengahan bulan,hari demi hari aku terasa bagai disyurga.syukur tuhan aku dikurniakan bidadari syurga yang hidup didunia fana ini,yang juga terlalu indah buatku.tidak banyak yang ku minta,hanya memohon seribu satu impian untuk bersamanya seribu tahun lagi andai dizinkan.pray for us.until Jannah InsyaAllah ;)

iloveyou azira,assalamualaikum.





3 comments:

shahidasha said...

Nak nangis ni baca..hehe..nice blog and nice story..hope you will together forever and ever... :))

Anonymous said...

alaaaa...nangis dahh..uwaaaa

Anonymous said...

cikgu...saya nak belaja BAHASA MELAYU dengan cikgu..bole?