Langit

Assalamulaikum pembuka kata bicara.kata bicara disambut bersama penyudahnya,waalaikumsalam kepada yang merasainya.kata bermula bersama gemersik suara indah di pagi subuh kian kedengaran.almaklumlah,diri ini hanya sempat menulisnya sedang ketika malam berputar siang.pagi subuh menjadi sumber ilham yang paling baik dan indah untuk memperkatakan apa sahaja yang terbuku di hati ini.

Syukur Alhamdullillah.syukur kepadaNya,kerana masih dikurniakan kekuatan dan hirupan angin dan udara segar sedang kita ini hanya hambanya yang menumpang didunia ciptaanNya ini.dipendekkan adalah lebih baik dari dipanjangkan.kerana tersurat itulah akan menjadi tersirat yang seterusnya akan menjadi bualan sehingga tak berkesudahan.ROLLER COSTER.itulah ibaratnya yang sedang berlaku kepada diri ini.tidaklah diri ini kecewa dan hiba apa yang terjadi,tidaklah mengadu kepada sesiapa untuk meraih simpati dan tidaklah juga diri ini menulis untuk bercerita sesuka hati,ia cuma lumrah manusia yang sekadar ingin berkongsi bersama taulan.diri ini tidaklah sekuat mana hati mahupun fizikalnya,kadang kala ia menjadi sempadan dan ada hadnya jika sesuatu itu dipendam terlalu lama.

Sehiba diri ini menerimanya,sekuat itulah ujian yang diberi daripadaNya.aku bersyukur tatkala insan lain tunggang terbalik dunianya,dan sedang itu masih mencari jalan yang tidak diketahui penghujungnya,aku masih mempunyai Allah yang Satu,keluarga ceria walaupun sekadar besederhana,rakan dan taulan yang sememangnya mengerti apa itu susah senang bersama dan kekasih hati menawan yang sering dibelakang untuk diri ini menguatkan apa yang aku rasa begitu lemah dan kurang bermaya untuk dihadapi.

Sewajarnya benar apa yang dikatakan oleh pepatah melayu terdahulu."langit tidak selalu cerah dan langit juga tidak selalu mendung".benar dan tiada keraguan disitu.kadang kala diri ini merasakan sesuatu yang hilang dari hidup.kadang kala juga merasakan seronok dan tiada batasannya bergembira disamping dunia nyata inis ehinggakan diri ini melupakan tuhan memberikan aku nikmat keduniaan dan dikala waktu itulah aku lupa kepadaNya.

Maaf dipinta,cuma berkongsi apa yang dirasa.sesungguhnya pemergian arwah taulan aku dahulu,aku merasakan sekeliling dunia aku tiba tiba musnah dan berkecai tatkala begitu banyak impian dan cita cita ingin dilakukan bersamanya.hiba,duka dan terlalu sedih untuk ku nyatakan.dunia akhirat,dia sahabatku selamanya kerana aku begitu rapat dengannya sehingga sudah menganggap sebagai abang kandungku sendiri.masyaAllah,diri ini begitu kecil ku rasa dihadapanNya.sebegitu sahaja Dia mengambilnya pergi dari hidup aku dan taulan.

Subhanallah,tidaklah diri ini begitu sempurna dan baik hati nuraninya,alhamdullillah diri ini dikurniakan kesedaran dan bangun dari tidur yang panjang.sungguh dan tidak malu aku nyatakan,aku berasa begitu kekok apabila membentang sejadah dan cuba membaca ayat ayat suci dan melakukan 13 rukun dalam solat.kerana diri ini sudah lama meninggalkannya.syukur tidak terhingga,diri ini masih cuba melakukannya 5  waktu sehari seumur hidup insyaAllah.maaf dipinta,tidaklah bertakbur riak dan menunjuk,tidaklah niat dihati mahu mendapat dosa besar bermadah tentang tuhan dalam kata kata yang tersurat,cuma sekadar renungan bersama kerana diri ini berbesar hati untuk mengajak teman dan taulan mencari bekalan diakhirat kelak.

Sesungguhnya suka duka merupakan asam garam dalam kehidupan kita sebagai manusia.hari kian berlalu dan masa mengejar kita disamping diri ini mencari sesuap nasi di alam nyata ini.dahulu diri ini lupa dan alpa,dahulu diri ini bahagia mengejar dunia.dan sepantas masa berlalu,sepantas itu jugalah Allah menguji diri ini dengan berbagai ujian yang aku rasakan terlalu berat untuk menghadapinya.limpahan rezeki hanya mampu ku ucapkan Alhamdulillah.musibah yang menimpa aku hanya mampu berkata Masyallah.Allahuakbar sesungguhnya Allah itu Maha Besar.

Ingin sekali aku menutup kata bualan bicara ini dengan seribu satu rasa yang sedang berlaku ketika ini.pertama,diri ini mengharapkan dan berdoa agar pergilah dia dari hidup kami sekeluarga.kerana diri ini masih mempunyai keluarga yang bahagia.bonda yang tercinta dan adik adik yang bijak pandai akalnya.diri ini bersimpati dengan apa yang berlaku kepadanya tetapi bukanlah itu caranya bermadah tentang dunia.hiba diri ini dan sekalian keluarga kami memikirkannya dan menghadapinya.maaf dipinta sekali lagi,diri ini hanya mampu berkata kias dan tersurat sahaja.tidaklah sanggup membuka keaiban orang lain dan masalah ini.cukuplah itu sahaja.kedua,dalam duka adanya gembira.tidaklah segembira mana,cuma mampu tersenyum sambil dalam hati berkata Alhamdullilah melihat dia berubah untuk dirinya sendiri.sekadar perkongsian dan bual bicara untuk mengingatkannya,tatkala itu juga aku tidak sangka,aku tergamam dan terdiam seribu bahasa apabila dia mengingatkan aku sudah masuk waktu.Subhanallah,diri ini terasa duka bercampur gembira.indah dunia ciptaan tuhan.mudah mudahan segala yang diri ini hadapi,akan berjalan dengan sempurna.Allah,berkatilah perjalananku didunia dan diakhirat kelak.taulan,doakanlah diri ini berjaya didunia dan diakhirat.INSYAALLAH.

assalamualaikum.....

No comments: